Sunday, December 27, 2009

bz+bz+bz+bz+bz+bz=very very bz

huhuhu sejak 2 menjak ni aku bz bebangat..
smua menda nak kna buat..
yang haku peliknya
makin di buat makin manyak gheja haku..

dah tu tak abih2 lak tu..
waaa tolong menolong...
sakit otak haku..
dah gheja aku kn watla..

uik merungut plak haku ni.. tak bek btoi la)
huhuhu sabar yer..
ini la erti kehidupan kan...
kalu blajaq.. kn mngadap buku..
klau gheja cam ni la
rezki tuhan...

tu yang lama haku tak apdet aku nye blog
tak nyempat...
ni pun haku ziarah wat sketika waktu..

huhuhu curi2 mase.. ok la
nant haku apdet ag.. huhu

zassss.... c u in the next posting..

Oh! Perbezaan Isteri dan Girlfriend pada pandangan suami

*isteri macam TV.gurlfren(gf) macam handphone(hp).di rumah tngok TV pergi luar bawa hp.

*x da duit ,jual TV.Ada duit, beli HP baru. *kadang² seronok tngok TV,tp selalunya banyk masa habis main HP.

*TV skali bayar jer percuma sepanjang hayat,tp HP kalu x bayar bil line akan di tamat kan.
*TV saiznya besar,berat dan dah buruk,tp HP cute,comel,ramping,bnyk butang bleh picit² dan leh bawak kemana-mana& bila² masa.

*kos penyelenggaraan TV murah jer,lagipon jarang rosak,tp HP ,mak oiii…mahal giler,slalu meragam plak 2…

*yang sadisnya,TV ada remote control,tp HP x da.

*Cuma 1 jer kelebihan TV,x da virus…tp HP..huh belambak sekali kena merana…..

*jd jangan pening kepala,pilihlah TV anda..kalau boleh ambek yg plsma..hehehe kalu ada kena mengena ngan sifat d atas harap tobat ler…


### note: aku suka yang ni.. aku amik dr oh tidak.com.. sapa nak tahu lbey lanjut p la ziarah website ohtidak.com

Wednesday, December 23, 2009

UNTUK RENUNGAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA SAHABAT KU....

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

rindu sama...

huhu rindu kat kampung la.. huhu
tetibe plak ingat family haku..
lama tak balik rasenya
hehehe padahal br je balik..

Tuesday, December 22, 2009

10 january 2010

huhu tak sabau haku nak p majlis pertnangan kak yana
ngn nedbum...
smoga berbhagia

time haku.. mm bila tah..
apa yang penting..
usaha tawakkal doa
huhuhu

tp tak bersedia ag
nak enjoy lu la..
huhuhu

Rase nak p bercuti

huhu tgh berpk ngan kpala hotak haku
kmana arah tujuan haku nak p bercuti..

huhu nak p genting ari tu dah p da...
ngn member.. huhuhu
kjutan siot.. haku sodau2 sdah berada d genting

bla tah nak p ag..
bermalam cekali kat sana best siot..

nak ajak care t la
huhu care-t jom jenjalan..
aku sudah kebohsanan ni..

Betoi2 bz..

aku tak nyempat nak
apdet ..huhu lama da
tak ziarah aku nye blog bebetoi bz..
maklumla hujung taun ni

haku nye big bos ngak ade
dia p bercuti
kat overseas huhu best gila
huhuhuhu

so tinggal la.. kita owang smua
kat opis.. huhuhu

gheja2 makin di buat makin manyak rasanye
tak abih2 huhuhuhu

nama pun gheja

tak tau la bl nak abih.. huhuhu

Friday, December 4, 2009

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang ummat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di Taman Syurga

Ya Rasul
Ya Rasul
Ku rindu padamu
Syafaatkan daku
Ya Rasul
Ya Rasul
Syafaatkan daku
Ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambarkan
Adalah cinta Allah yang esa
Kerana cinta kepada Rasullah
Beerti cinta kepada Allah

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amlkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di Taman Syurga

Sunday, November 8, 2009

BuAt ReNuNgaN SeMua

kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak. .....Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.

selain terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama...


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????


wallahuaallam..

Tuesday, November 3, 2009

My Lovely Bear




ni la buah ati aku.. tido mest ade dia.. huhu.. dah besaq pun ade bear ag.. haha.. biar la kan.. aku sayang sama ini bear.. hadiah sempena my birthday... huhu.. dah lama dah bear ni hampir setahun lebey umoq dia.. dah lonyai dah bear ni.. huhu...

CoMey Tak




comey kan.. huhu anak sapa ni?.. nila anak angkat haku.. huhu
aku tak de baby ag.. kidnap la anak owang skijap..jadi kan anak angkat
nama nya darwish.. cute kan.. huhuhu...

Tuesday, October 13, 2009

ReuNioN TaKeShi Club



gambaq ni kat hotel seri malaysia aloq staq.. time raye.. reunion bkas plajar insaniah.. ni la muka kawan2 haku.. smua dah ade baby,suwami n is3.. huhu tinggai 2,3 orang ja blum ade ape2 termasuk haku.. huhu

netball at meru n kuis






huhu ni mase haku lawan netball kat meru n kuis.. semua posisi aku bedal.. huhu padahal haku slalu men C n WA saje.. huhuhu

PreSeNt


HUHU DAPAT KATAK.. THANKS.. MY FRENZ...


CARD.. AHA DR ADIK DIVA YANG BAGI.. THANKS YA ADIK DIVA


MANYAKNYA MUNGA HAKU.. THANKS KENGKAWAN N MY FAMILY


THANKS MOM N DAD GIVE ME BEAUTIFUL FLOWER....HUHU

Wednesday, October 7, 2009

Aku Milik Kamu....


huhu coba kalian hayati.. ade btol atau tidak translationnya... huhu jiwang ma.. kangan bangat sama...aku milik kamu..

KeNaNgaN BBAEC



Kenangan bersama kalian sukar tuk dilupakan.. macam2 yang berlaku selama kita berjuang di KUIS.. huhu pelbagai kisah tlah kita coretkan kisah sedih,hapy,pahit n macam2 ag r.. huhu rindu ma sama kalian.. harap.. kita tak putus sahabat la erk...
aku sayang kamu smua....

Tuesday, October 6, 2009

KeNaPa aKu PeNat SeSangat...

huhu rase cam nak dmam jer.. pnat sesangat ma
yola maunya haku tak pnat
balik kje trus g shoping ngan member

aku dah balik pun dah maghrib..
tak nyempat nak bl mknan..
pastu aku blik umah lam 8.15 trus g men futsal

huhu ngan prut haku yang kekosongan
tanpa warm up
trus terjah men
hahahaha

mcm tak pnah dapat bola pun ade gak
ngok kengkawan n haku
pastu men tak henget dunia..
prut mnagih simpati minta di isi

huhu
sonok punya men smpai sempot haku dbuatnya
sampai umah siap muntah2 ag..

waaaa letih ma
rase cam nak dmam
br la aku mngisi prut aku
huhu.. sampai rini aku rase blink blink..
hehehe.. mkan pun tak lalu..

huhu nape tah.....

Monday, October 5, 2009

KeNaNgaN BBAEC StuDeNt Batch 2006/2007



sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu

sahabatku……
alangkah indahnya
bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari
pagi ajak ia untuk
menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati dirimu menjadi
sosok yang tegar dalam semua keadaan dan
kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan
kehidupan dan yakinlah
sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam

sumber : anonim

MaDaH PeRSaHaBaTan

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya

EnJoY iNi MaLaM

sesapa nak joint jom r..
setelah penat bekerja..
ini malam kita enjoy..

tapi enjoy pun cam pnat gak la..
nak p men futsal..
wit geng teacher, care-T n the geng..

huhu sonok jugak...
sudah lama tidak men

huhu rase agak kpnatan..

maklumla bln ramadhan ri2 cuti
wat ibadah sikit2.. hehehe

Ke Bz aN BeBeTuL HaKu RiNi....

ado yai bz bebenor haku ini ari...
rase cam tangan tak cukup plak..
mm mcm2 mende yang haku nak kene wat ni

huhu... ri ni aku lepak bilik HR
pastu aku ke bilik akaun..

kalu ari2 cam ni.. blh kurus agaknya
tak pyah nak melantak macam2 jenis produk..
huhu sep baget haku.. huhu

cowy le kpada sahabatku.. yang bertubi2 YM haku
haku tak nyempat nak reply

ngah mengira gaji owang kaang tersalah..
ngamuk smua owang kat haku laks...

Sunday, October 4, 2009

InSaN YaNg MeNgeRti

ke bz an btoi haku..
tak nyempat nak mengupdatekan ini blog..
thanks to....sudi mlawat..
tapi jgn la marah huhu
nant ambo ltak something.. huhu
sabau yer.. hahaha

thanks yer coz sentiasa wat haku hepy..
n bagi hati mu kpadaku.. huhu

windu bangat sama dia...

InGaTaN BuaT DiRiKu......

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

BuaT KauM HaWa

Hawa, Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. .

Hawa, Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .

Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya. . Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan. .

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .

Hawa, Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. . Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia menggoncang iman lelaki..

Sekian untuk tatapan semua. .

AL KiSaH MaNuSia, MaLaiKaT DaN SyAiTaN...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam,tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam,nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau.tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia(sahaja)dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!)untukmu...

SaHaBatKu...

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini jika ada menghargai persahabatannya. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa untuk mengingati kawan-kawan yg sentiasa memberi sokongan untuk anda....

Friday, October 2, 2009

PeSaNaN BuaT DiRiKu...

"Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun."

Sunday, September 27, 2009

renungkanlah......

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Taubat

Taubat Yang paling utama dalam bertaubat adalah
1. menyesali perbuatan,
2. memohon ampun kepada Allah dan
3. bertekad kuat tidak mengulanginya.

Penyesalan yang dilakukan hendaknya didasari oleh perenungan yang mendalam dan membekas di dalam hati. Bukan sekadar keinginan sesaat yang kemudian sirna dan lenyap.

Namun untuk kelengkapan taubat itu, ada hal-hal lain yang perlu diperhatikan agar menjadi taubat yang sebenar-benarnya.

a. Keluar/Pindah Lingkungan Pergaulan Agar taubat itu jangan sampai terulang lagi dengan cara pindah dari suasana dan lingkungan yang selama ini memberikan peluang melakukan itu. Orang yang taubat harus hidup di tengah orang-orang sholeh dan selalu menjaga hukum Allah. Bukan lingkungan yang mendiamkan apabila ada kemungkaran dan kebatilan. Sehingga apapun yang dia lakukan, selalu ada orang-orang yang dengan ikhlas mengingatkan.

b. Hilangkan Semua Memori Dan Kenangan Selain itu tentu saja orang yang taubat harus menghilangkan semua kenangan masa lalunya. Jangan diceritakan kepada sesiapapun juga. Allah yang telah menutupi aib itu semuga juga menutupi dosa-dosa sebelumnya. Dan mulai kehidupan baru yang lebih baik dan lebih islami.

c. Kembalikan Hak Milik Orang lain Dan Meminta Maaf Khusus untuk dosa yang terkait dengan hak milik orang lain seperti dosa mencuri atau menipu dan merugikan orang lain, maka perlu permintaan maaf kepada mereka yang telah dizalimi itu. Hal ini mengingat bahawa hak orang lain yang telah diambil secara zalim itu masih tetap akan dituntut oleh pemiliknya kelak di akhirat. Bahkan seorang yang mati syahid sekalipun, tetap akan diminta pertanggung jawab urusan hutangnya yang belum selesai. Padahal orang yang mati syahid itu masuk syurga tanpa dihisab lagi amal-amalnya.

d. Memperbanyak Perbuatan Baik Yang Lebih Besar Pahalanya Selain itu untuk `menebus’ dosa sebelumnya, sangat dianjurkan untuk menghapus perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik yang lebih besar pahalanya. Kerana Allah berfirman : ”Sesungguhnya amal baik itu menghapus amal yang buruk”.

Misalnya dengan menyumbangkan harta yang besar untuk fakir miskin, atau membangun masjid, atau membangun madrasah dan lembaga pendidikan atau mewakafkan perusahaan yang produktif agar penghasilannya dapat digunakan untuk kepentingan umat Islam.

LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??

Thursday, August 27, 2009

BuaH HaTiKu...




Ini la buah hatiku... huhu... sayang bngat ma... hoho

BeRBuKa MeNGiKuT SuNNaH

Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w. Ibn ‘Umar r.a berkata:

“Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743. Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa. Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa.

Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957. Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman: “Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air. Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis.

Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

MeNCiNtaiNya TaK BeRTi KiTa MeMiLiKiNya..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

lalala aku kembali

huhu sejak 2 menjak ni aku btoi2 bz bangat.. maklumlah nak mula kan hdup baru ma.. hehehe.. aku pun rase hapy n tnang skit skunk ni.. alhamdulillah bersyukur ku ke hadrat ilahi..

Tuesday, August 18, 2009

ku pasrah

walau apa pun terjadi aku kn wat kptusan so aku wat kptsan tuk lupakan mr s.. kerna aku tidak mahu ade lagi memori aku antra dia wujud di antara aku.. aku kcewa bangat dengan dia.. aku still love him.. but aku mesti.. kuatkan imanku agar.. lupakan dia buat selama2nya..

ya allah tabbah kanlah hati ku.. mmg aku akui aku still love n cinta dia klu blh aku taknak pisah ngn dia.. tapi aku taknak pisang berbuah dua kali.. cukup la hati aku terlalu sakit sesangat.. jiwa aku hancur kerna pnangan nya.. aku mnysal slama ni aku terlalu percaya n mengharapkannya..

ya allah aku akur ngan dugaan yang telah kau berikan kpadaku.. sesungguhnya kau kuatkanlah imanku ya allah... aku berserah padamu ya allah...

Sunday, August 16, 2009

huhu.. konpius

smlam aku jumpa mr s.. entahla aku pun konpius kliru n bermacam2 lagi la.. dia mnyatakan yang dia masih sayang kan aku.. bgitu jugak aku.. akan tetap n trus mnyayanginya.. tetapi aku masih kliru..

aku nangis sepuas hati adakah itu kbnarannya.. ya allah bnarkah itu smua.. aku berserah kpada mu ya allah.. dengan kehadirannya kmbali ke sisiku.. hdupku rase ceria secerianya.. sperti sang mentari dwaktu pagi..


agak kpningan aku dibuatnya..rase mcam tak percaya yang mr s still love n miss me... hampir 4bln aku tdak pernah berhubung n berjumpa ngan nya... adakah ini anugerah drmu ya allah adakah kau tlah makbulkan doa ku ya allah... seandainya dia milikku n jodohku.. ku bersyukur ke hadrat mu ya allah..seandainya dia bukan jodohku.. kau jauhkanlah aku darinya dan buangkanlah perasaan ku ini terhadapnye........amin ya rabbal alamin

Thursday, July 30, 2009

Life



"It's better to have loved and lost, than to have never loved at all."

I Wish I Know

bln klahiran aku.. huhu yeke.. uiks.. adus..

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Tuesday, July 21, 2009

sYuRGa CiNTa

yG pErTaMa : JoDoH dArI sYaiTaN...

KaMu BeRdUa bErKenALaN.....BerPegAnGaN taNgAn....TeRus BerBuaT mAksIaT....MenGanDuNg...KeMudIaN KaMu bErdUa BerKaHwIn....


yG kEdUa : JodOh dArI JiN...

KaMu BerDuA bErKenALaN....teTapI hAnYa sALaH sEoRanG yG beNar2 SuKa....yG sUka aKaN MenYihIr yG seOrg laGi sUpaYa mEnYuKai...kEmUdIaN kAmu MenGahwInInYa....


yG kEtIGa : JodOh DarI ALLaH...

KaMu bErDuA bErKeNaLan.....TerUs MenUsUk kE KaLbU....yG LeLaKi aKan TerUs MeMinAnG yG pErEmPuaN....PiNanGan dItEriMa.....KamU bErDua BerKahwIn.....InsyAllah...berkekalan hingga Ke aKhIr HaYat.....ItULaH yG dIKaTaKan SyUrgA cInTa.....


JodOh yG mANaKah MenJadI piLihAn?

BerILaH cInTa dAn KasIh SyG pAdA oRg yG bEnAr2 BeRhAk....LeLaKi yG iKhLas dAn jUjUr..tIdAk aKaN seSeKaLi mErOsaKkAn pAsAnGaNnYa....pErNahKaH pAsAnGaN aNdA mEnGiNgAtKaN teNtaNg sOLat seTiaP kALi aNdA LeKa?pErNaHkAh pAsAnGaN aNdA mEnGaJaR aNdA sEpotOnG iLmU aGaMa?....hAnYa aNdA yG tAu jOdOh yG mCm mAnE aNdA dPt...aWass...jGn saLah LanGkAh....

Monday, July 13, 2009

PiNTu HaTiKu TeRTuTup SuDaH

ya Allah kau tabahkanla hatiku..
sesungguhnya. pintu hatiku sudah tertutup untuk menerima somebody right now...
aku takut hatiku dikecewakan sekali lagi...
aku sedey sesangat ya Allah...

hanya kepadamu aku berserah...kau kuatkanlah imanku Ya allah
aku akan terus berdoa kepadamu Ya Allah.. agar kau buka kan pintu hatiku
untuk menerima seseorang... ya Allah kau luputkan lah ingatan ku padanya Ya Allah...

Sunday, July 12, 2009

KeSediHaN serTa KeKeCewaAn Yang AmaT SanGat

aku sedey bangat.. mngenangkan nasib ku.. tapi aku harus tabah menempuh mehnah dan tribulasi yang di turunkan ke atasku.. aku anggap.. itu dugaan dalam kehidupan aku..

ya allah sesungguhnya aku amat kecewa... hatiku hancur...aku pk mungkin antara aku dan dia tiada jodoh..sbg sorang pmpuan adakah pompuan tu tidak memahami hati kaum sejenis sepertinya.. sedangkan dia tahu aku with mr s couple 3 years... and at the same time dia masih nakkan mr s ag... siap tipu aku lagi ckp sepupu.. rupanya setahun diaorang couple..

aku bersyukur ya allah kerna.. aku mngetahui kbnaran.. serta kecurangan nya drpada ptunjuk mu ya allah.. wlupun aku kcewa yang amat sangat.. aku redho... mungkin dia diciptakn bkn untuk ku... ku redho wlupun aku ditipu slama stahun dan cintanya pura2 terhadapku slama stahun...

kekadang aku terpk apa salahku ya allah.. apa dosaku.. knp aku di perlaku sbgini rupa.. namun aku akur n aku pasrah di atas segalanya ya allah...

Renungan..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

AKHIRAT YANG ABADI

Kemiskinan kita bukanlah harta,
Darjat yang tinggi bukanlah kuasa,
Cukuplah sekadar mengamal agamaNya,
Cukuplah darjat di akhirat sana...
Kaya dirimu didunia,
Diakhirat,di padang mahsyar semuanya sama,
Tiada pakaian mahupun hiasan,
Semuanya bertelanjang dengan amalan..

Hakikat hidupmu,
Cuma sementara waktu,
Berlari laju kau tetap terjatuh,
Meski pun kau pelari yang teguh,
Duniamu bukan ini,
Hayatmu bukan disini,
Bahagia abadi cuma di akhirat nanti,
Jadikanlah syurga tempat dirimu,
Bukan neraka tempat binasamu.....