Thursday, December 30, 2010

PENDAPATAN LUMAYAN

mula2nya sy pun tidak percaya.. oleh kerana modal nya agak rendah so sy try... alhamdulillah hasilnya lumayan... klu sapa tak percaya terpulang saya tak paksa.. anda buat anda dapat...

cara nak dapat income dengan hanya RM20

ianya BUKAN SKIM CEPAT kaya, tetapi ianya adalah satu alternatif utk kita mencari pendapatn tambahan HANYA DENGAN MEMPROMOSIKAN LINK DIRI ANDA SENDIRI di dalam mana2 social networking yang anda join (Facebook, Myspace, Twitter, Tagged, Friendster dll.)

TAK PAYAH:
*menjual produk
*sms
*click iklan bagai nak mati
*buat website

HANYA memperkenalkan system kami.

Berminat?? Blh send msg di inbox FB saya. TQ

BAGAIMANAKAH?

1. hanya daftar di http://www.rm20segera.com/?r=rieza8377
2. pegi online banking atau mesin CDM, masukkan RM20.00 kpd akaun yang dinyatakan dlm website di (1) tadi.
3. selesai pembayaran, sila login menggunakan username dan password anda daftar di (1) tadi untuk aktifkan akaun anda.
4. setelah akaun anda diaktifkan, anda akan menerima link anda sendiri dan jangan buang masa, TERUS KE FB/MS/FS/Twtr/Tggd utk SEBARKAN LINK ANDA tadi kpd kwn2.....
5. duit masuk setelah ada downline utk anda atas usaha terbaik dari diri anda sendiri...

MUDAHKAN??? HANYA DAFTAR DI http://www.rm20segera.com/?r=rieza8377

Ya! memang mudah, ibaratkan duduk goyang kaki - dapat duit masuk akaun TANPA MENGANIAYA ORANG LAIN....





NIKMATI PELBAGAI EBOOK PERCUMA SETELAH ANDA MENGAKTIFKAN AKAUN ANDA DI RM20SEGERA DENGAN MODAL RM20 :-

1. 63 Killer Marketing Strategies.pdf
2. pelita_affiliate_ panduan dan rahsia sebenar affiliate.pdf
3. Rahsia membina Blog dalam 3 minit.pdf
4. binalaman_pengenalan asas membina laman web.pdf
5. Million Dollar Emails.pdf
6. PanduanYahooGroup.pdf
7six_figure_secrets_100_powerful_promotion_tactics.pdf
8. the_30_minutes_marketing_miracle.pdf
9. Pengurusan Laman Web-Upload.pdf

TIPS PROMOSI :
1. buat album baru berkenaan rm20segera di facebook anda.. anda bleh copy dr album sy..
2. stiap gmbar tersebut anda follow je mcm ape yg sy tulis kt stiap gmbr.. n sertakan skali link URL anda.
3. tambah rakan seberapa yg bole.. lg ramai, lg bagus.. lpas tu, tagged pd kawan2 anda sdikit demi sedikit.. sejam tagged dlm 30 -40 org.
4. if mreka tnye berkenaan promosi n bgaimana utk mndftar,anda hnye perlu copy paste smua ayat ini dn send kpd mereka.

SENANG n BERBALOI kan???? Segalanya di hujung jari anda.. anda yg mnentukan masa depan anda.. jika rajin berusaha, insyaALLAH pulangan yg diperoleh setimpal dgn usaha kite.. tggu ape lg??

JGN MEMBUANG MASA ANDA BERFACEBOOK BERJAM2...Manfaatkan facebook anda sebaik yg mungkin.!! Semoga berjaya!

ini betul2.... jika sapa berminat boley la lawat ke sini.... http://www.rm20segera.com/?r=rieza8377

Sunday, December 19, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

·Khadijah Binti Khuwailid.
·Saudah Binti Zam'ah.
·Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
·Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
·Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·Zainab Binti Jahsy.
·Maimunah Binti Harith.
·Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
·Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:
1.Hamzah
2.Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN:Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:
1.Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.Al-Harith
2.Muqawwam
3.Zubair
4.Hamzah ***
5.Al-Abbas ***
6.Abu Talib
7.Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.Abdul Ka ' bah
9.Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

·Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
·Aku melihat cahaya dari lidahnya.
·Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
·Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
·Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
·Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·Wajahnya seperti bulan purnama.
·Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
.Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. .Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
·Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
·Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
·Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
·Janggutnya penuh dan tebal menawan...
·Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
·Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
·Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
·Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
·Seimbang antara kedua bahunya.
·Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
.Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
.Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
.Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
.Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
.Warna kulitnya putih tapi sihat.
.Kulitnya putih lagi bercahaya.
. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
.Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
.Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Wednesday, December 15, 2010

MaSa CuTiKu

Di habiskan masa lapangku bersama adik2 ku.. kohnon nya lepak umah je time awal muharam ritu.. tetibe la adik2 ku wat ayat tedey...

***kaklong jom r p PD... bila ag nak p?
**Tanya.. enchik anggerik coz kakak nye enggak tahu jalan sih.. hehhee.. jawab aku

apa ag.. adegan memujok la adik2 aku...
***abng jom r p PD...

lastly.. termakan pujokan gak enchik anggerik.. hehehe.. sabo jela...



ni time br sampai dorang tgh ber pk nak wat apa.. coz ramai gila owang...


dah abih pk.. xtau nak wat ape.. ayat dorang.. k.long amik gambar... enchik anggerik.. sorry i terpaksa crop kan u nye pica.. ini perjanjian kitakan......hehhee



ni Gambaq dak nilly n dak alia.. dengan penuh bersemangat waja.. kat tepi pantai...bab posing nombot 1.. xterlayan dibuatnya...


ni adik aku.. dak nurul n alia... kohnonnya p pantai nak mandi.. tapi xmandi pun.. hangin haku 1 badan..huhuhu sbbnya x bawa baju...



dorang ag.. bab posing serah kat dorang.. huhu


yola tu.. macm2 aksi pose... 2 orang ni la kaki memujok enchik anggerik.. hehhee.. last2 termakan pujokan jugak enchik anggerik kita tu... kuikui


ni i with enchik anggerik.. tapi cowy.. no pica.. sowy... coz u r still in my heart... xbley publish2 ag...

Monday, December 13, 2010

lelaki vs perempuan-cara kentut

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.



footnote:benarkah ini... mmmm kekonpiusan..

Kisah kawan n cinta

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....

Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

renungan bersama

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... ..
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap...
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku

Thursday, December 2, 2010

BeNgaNg TeRaMaT CaNgaT..

aku mmg bengang sungguhla ngan sorang insan ni...
ya allah tak baiknya aku
bengang kat orang...

tp hati ni mmg bengang xtahu knp..
sabor jela niza oiii..

biar owang buat kat kita yang penting kita jgn balas blik..
biar tuhan yang tentukan... mak aku ckap..

adoyai...
tny yang agak special jgakla... jawabnya...
jangan layan.. nanti ok la tu...

jawab aku.. ok....
tapi sakit hati ni....

waaaaaaaaa sabor jela

DOSA-DOSA MENINGGALKAN SOLAT

Meninggalkan solat adalah satu-satunya tembok pemisah antara keimanan dan kekufuran. Dosa-dosa bagi mereka yang meninggalkan solat fardhu adalah seperti berikut:-

SOLAT SUBUH
Satu fardhu yang ditinggalkan...Allah S.W.T. akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun waktu neraka atau 60000 tahun waktu dunia.

SOLAT ZUHUR
Satu fardhu yang ditinggalkan...dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

SOLAT ASAR
Satu fardhu ditinggalkan...dosanya sama seperti meruntuhkan Kaabah.

SOLAT MAGHRIB
Satu fardhu ditinggalkan...dosanya sama seperti berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau bapanya (bagi perempuan).

SOLAT ISYAK
Satu fardhu ditinggalkan...Allah S.W.T. tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha pengampun....

Monday, November 29, 2010

Bz+Bz+Bz=Very Da Bz

bila masuk ja hari isnin mula la otak aku serabut
huhu besa la... first day keje..
macam2 hal la plak..
pnatnye ari ni...

aku pun dah tak tahu nak coret apa ari ni
otak pun dah macm xbley berfungsi ngan warasnya
balik kang mau rest...
hehehe

ok la nant aku coret pepanjang ag..
nak balik mau tdoq...
hehehe

Friday, November 26, 2010

harga diriku-waliband

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Tuesday, November 23, 2010

ku redha diatas apa yang terjadi

ya allah kau kuatknlah imanku
ya allah kau tabahkan hati ku
ya allah dlm menempuhi segala
mehnah n tribulasi yang telah
kau berikan kpd ku ya allah
ya allah sesungguhnya aku tidak kuat
ya allah menanggung segala dugaan n derita ini
tpi aku pasrah n redha di atas segalanya
mungkin dia bukan tercipta untuk ku
n bukan milikku n mungkin aku bkn
diciptakn sebagai pelengkap tulang rusuknya...

aku tidak kuat ya allah..
kini diriku.. hancur musnah
di atas apa yng terjadi
tapi aku kn redha di atas segala2nye...
mungkin ini ujian dr mu ya allah untuk
menguji diriku agar aku lebih tabah
untuk mengharungi liku2 hidup ini

ku redha.....

Friday, October 22, 2010

10 Tabiat Rosakkan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

LANCER VS INSPIRA








'Nota Hati Seorang Lelaki'

Andai kita terlupa….peringatan untuk saya juga…


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hatimengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Renung2kanlah...

Al Kisah HoN....

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”



hehehehe

Wednesday, September 29, 2010

coretan batinku

ya allah ya tuhan ku...
dgaan apakah yng tlah kau berikan padaku
ya allah ya tuhan ku..
aku tidak berdaya mengharungi nya

ya allah kuatkanlah imanku ya allah
tabahkanlah hatiku ya allah
ya allah pikiran ku bnar2 srbut memikirkan ini smua
apa harus ku lakukan..
aku tdak berdaya untuk menanggungnya sendirian ya allah
aku pun tdak pasti ngn apa yng kurasakan..
kykinan ku makin hari makin kurang
aku buntu dan bnar2 buntu..

tetpi aku redha n akur ngn sgala dgaan mu ya allah..

Thursday, September 23, 2010

Betul apa orang ckap....

pning gak haku di buatnye..
ade aje yang tak kna..
lg dekat nak wedding macam2 yang berlaku...
mcm mana la nak wat ni....
asyik majuk ja..
ckp salah tak ckap salah..
nak grau pun dah tak bley..
asyik nak majuk ja...
poning dah aku dbuatnya...

ni kah dgaan mu ya allah..
bersabarlah wahai hati...

Wednesday, September 22, 2010

Otak haku yang ngah serabut...

ya allah kau tabah kan lah hati ku..
kuatkan lah iman ku ya allah
untuk menghadapi segala ujian yang
telah kau berikan kpada ku ya allah
sesungguhnya.. aku insan yang lemah..
tapi aku redha.. di atas segala ujian
yang telah kau berikan kpada ku...

aku pun tak pasti apa yng terjadi pada driku.. hehehe
apa yang aku pk tah..
adoyai.. sakit kpalan den.. srabut ja...
mungkin aku mowink kot(sedapkan hati la plak.. kuikui)
sbb aku tak tau nk wat apa ..
apa ag aku pk la benda yang tak spatutnya d pk kan..
bley la cam tu erkkk niza.. nizaaaa (kidnap ayat membe 1 opis)
huhuhu... yang pasti hdup mau hapy... life mau enjoy....

k lah nant sy bebel ag.. zassss

Monday, August 30, 2010

NoveL PenDek

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

" Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung
di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.

Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu.

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atihlagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah
dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.

Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.

"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz..

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.

"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya.

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau....

" Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

" Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan....saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu."

Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?

" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi."Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin
tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba
menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha..hadiah....untuk.....ibu.........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.

Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.

Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!'

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya
selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.

Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....

" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

Friday, August 27, 2010

KeLeBiHaN WaNiTa

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Monday, April 5, 2010

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

Sadis betul...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja!

Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA

X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....

Monday, March 29, 2010

MAMPUKAH KITA MENJADI PENGANTIN YANG........

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti...

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung...
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Andai Syurga tempatmu.....
Maka beruntunglah hidup di sana
Namun andai Neraka jadi persinggahan
Nescaya celakalah hidupmu....
Kerana siksa dan azabNYA pasti menanti kehadiranmu...

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

Thursday, March 4, 2010

C u at jelapang padi

penatnye ari ni..
manyak ma kje arini
tak ckup tangan rasenya..

walau apa pun..
conok ma rini.. huhu..
nak balik kedah malam ni
apa ag.. aku ajak spupu aku
mat ijat la
teman haku balik kedah.. huhu

now.. i want a rest a few minutes
before balik... huhu
tak sabaq nya nak balik.. huhu
barang tak kemas ag ni ha...
mmm apatah haku nak wak balik...
mm blasah je...
jap je... haku ngemas..

ok la.. nant coret ag..

malaih nak menaip da.. heehe

Tuesday, March 2, 2010

Kesedihan

ari ni ari kesedihan haku...
apa bila aku kn tiau kaw2 ngan haku nye bos
haku tak wat salah apa pun..
waaa sedih sesangat rasa cam nak berenti je trus
hanya tuhan ja yang tahu...

nasb bek ade cik abng shaya..
sbg penenang jiwa..
hati rase tenang cikit..
thanks dear...
ni yang cayunk kat dia ni..huhuhu

mmm dia balik kg..
mmm asyik balik ja..
ni yang jelez ni... waaawawaaa

Sunday, February 28, 2010

KiSaH PiNgGaN..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat...

**fotenote.. khaty yang bg.. so aku amik lotak lam ini blog..tuk renungan smua...huhu

Friday, February 26, 2010

khas buatmu dear...

Tahu kah kamu saat kamu menangis
Adalah air mata ku yang jatuh berlinang
Tahukah kamu saat kamu disakiti
Adalah aku yang pertama diluka

Tahukah kamu cinta cuma aku
Yang punya cinta untuk mu
Tahukah kamu cinta cuma aku
Yang rela mati untuk cinta

Tahukah kamu cinta Cuma kamu
Pemilik hatiku
Tahukah kamu hati ku ini
Adalah hatimu

Kamu.. kamu adalah surga yang ada dalam hidup ku

mata yang paling indah hanya matamu
sejak dahulu kurasakan tak pernah berubah
sinar yang paling indah dari matamu
sampai kapanpun itulah yg terindah

Kamu dimana, dengan siapa, semalam berbuat apa
Kamu dimana, dengan siapa, disini aku menunggumu dan bertanya

Kasihku,
Inginku kau ada disini,
temaniku arungi hidup.
Adamu kuyakin kan kuatkan jiwaku.
Berdua denganmu pasti kan lebih baik,
Kau laksana air di padang pasir,
bagiku.

Tahukah kau?
Tuhan telah ciptakan semua dengan pasangannya
ingatkah kau?
Lelah rasanya jalani semua sendiri

Ingin aku lewati lembah hidup
yang tampak indah
Berdua denganmu,
pasti lebih baik
Aku yakin itu
karena sendiri hati
bagai langit berselimut kabut

Revolusi cinta matiku
Telah bergema ke seluruh negeri
Ini adalah tonggak sejarah hidupku
Karena ku yakin kamu adalah takdirku

Dengan tegasnya ku nyatakan
Kamulah akhir perjuanganku
Kuburkan cinta cinta yang sudah sudah
Kemerdekaan aku kamu yang ku tunggu



*** aku suka sajak ni.. huhu. aku amik kat website sanbahan.. khas buat insan tersayang.. hayati la ini.. ini smua khas tuk mu dear...kaula cinta terakhirku..insyaallah..

X T V T ini ari

SABTU cari AHAD nak tanya nampak tak ISNIN agar ingatkan SELASA bagitahu RABU supaya tak lupa mesej kat KHAMIS yang JUMAAT ni ~~Maulidur RaSuL~~so selamat menyambut maulidur rasul..to all my frendz...

ari ni maulidur rasul.. so haku cuti ini ari...
lepak umah saje.. apa ag rutin haku
mmmm mangun pagi... ngok akuarium haku lu
bagi ikan makan.. ikan pon nak makan ma..
dia pun cam owang gak.. pas bg ikan mkan
haku p mandikan chantek kat bawah.
kak yana tolong..ngeee thanks akak..
kalau tak sy sorang2 kn wat..agak malu jga dibuatnye..
huhuhuhu

abih cuci nek umah ngok k yana bg ikan makan..
huhu haku apa ag gayut ngan seseorang...
thanks awak sudi call saya...
dia nak datang umah rini...
good luck for him ya..
insyaallah kalau da jodoh tak ke mana kan?
mmmm mudah2an suma nye lancar

aku plak yang gementar dibuatnye..
adoiiii cam mana ni.. takot pon ade ma..

pastu aku kemas.. bilik haku la..
da macam tongkang pecah da rasanye...
tongkang pun tak macam bilik haku..
ngeeee btoi tak tongkang... huarghahaha

basuh baju,sidai baju,kemas bilik.. huhu
pastu aku call membe haku intan dia kat nilai..
mmm nak p jumpa dia jap g ...nak p ngan kak yana..
pastu br nak p jumpa tok kat umah makngah..
huhuhuuu..


okla see the next posting... malaih da nak menaip..

Wednesday, February 24, 2010

we all at cameron highland






roses.. cantik ma.. bla la nk dpt ni huhuhu..


strawberi..cedap ma.. mm menyelerakan..kuikuikui






Layak kah aku.. tuk miliki seperti ini...

KEKASIH IDAMANKU
KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG BERIMAN
YANG HATINYA DI SALUT RASA TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T
YANG JIWANYA PENUH PENGHAYATAN TERHADAP ISLAM
YANG SENTIASA DAHAGAKAN PAHALA
YANG SOLAT ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK PERNAH GENTAR MELAWAN HAWA NAFSU
YANG SENTIASA BERSAMA GOLONGAN YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DI MILIKINYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DI CARINYA
YANG MEMPUNYAI RAMAI SAHABAT DAN TIDAK SUKA BERMUSUH

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KERUKUNAN RUMAH TANGGANYA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA DENGAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI
YANG SENTIASA MENGAMALKAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN
KERANA BAGINYA DUNIA ADALAH MAHLIGAI PERSINGGAHAN SEMENTARA MENUJU AKHIRAT

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA BERSEDIA MENJADI PEJUANG ISLAM
YANG HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN
YANG BOLEH DI AJAK BERBINCANG
YANG MENJAGA MATANYA DARI BERBELANJA
YANG SUJUDNYA PENUH KESYUKURAN DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU TAK PERNAH MEMBAZIRKAN MASA
MATANYA KEPENATAN KERANA PENAT MEMBACA ILMU YANG BAIK
SUARANYA LESU KERANA SENTIASA MENGAJI DAN BERZIKIR
TIDURNYA LENA DI ULIT OLEH SINAR KEIMANAN
BANGUN SUBUH DENGAN PENUH KECERGASAN
KERNA SEHARI LAGI DI USIANYA BERTAMBAH PENUH KEMATANGAN

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA MENGINGATI MATI
YANG BAGINYA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN PERLU DI JAGA DAN DI BAJA
AGAR KELAK BERPUTIK TUNAS YANG BAKAL MENJADI BAKA YANG BAIK
YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG SUAMI
YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUATAN DUNIA
KERANA DIA MENGIMPIKAN SYURGA NAN ABADI
DI SITULAH MAHLIGAI KASIH IDAMANNYA
DAN DIA AKAN MEMBAWA DIRIKU BERSAMANYA

BAGINYA DIRIKU ADALAH 'BIDADARI' YANG SETIA
MENEMANIYA SEPANJANG MASA HINGGA DI SYURGA SANA

DIALAH KEKASIH IDAMANKU
MOGA AKU AKAN SENTIASA BAHAGIA DISISINYA
BERSAMA ANAK-ANAK TERCINTA
DI BAWAH PAYUNG RAHMAT ALLAH S..W.T
AMIN.

Tuesday, February 23, 2010

Asam jawa kepala biawak

myMetro | Asam jawa kepala biawak



JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.


Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Monday, February 22, 2010

somebody else



IRIS………..


Kau masih ku cintai, sungguh<
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku

Kau masih Dewi hatiku, sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

(Korus)

Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu ohh…

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku…..

(Ulang korus)

Kau masih ku cintai, sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku………








Saturday, February 6, 2010

Routine Harian Haku

Rini aku keje halfday..
huhu cam malas je nak p kje..
tp aku rajin ma..
klam kabut haku d opis td...
aku bz bebetoi..
yola data company ilang..
aku kn wat balik 7 bln terakhir..
waaaa tolong mnolong naik berpnau bj mata
ngadap pc... da pning kpala dbuatnye..

balik umh..aku layan fb..
bg ikan makan.. huhu pastu
aku tidoq smpai tak hengat donia
dkt nak maghrib br mangun.
(tak senonoh betoi kan)
mangun2 biol kpala otak aku da poning2
di buatnye...

amik hp ngok2 khaty call.
cowy aku baling ke mana tah hp..
aku da tdoq hp aku da tak pandang da.. huhu
cowy yer khaty..

to D@ @r+ pown cowy..lam bat reply msj
dia bgtahu nak g dinner
aku da tak sedar...sorry dear..

p pasar malam ngan k.yana.. apa lg
balik mlantak la aku.. huhu..
dah tdo lama.. mangun lapau la
huhu...

Friday, January 29, 2010

Ngah membersihkan Chantek(keteku)


ni si da kecik ngan pnoh kegigihan siap wat muka ag.. memandikan qeera.. hahaha.. tomey la muka dya.. kuikui


ni khaty.. ngok suka benor dya.. dya nak curi haku nye sabun..uik mana bley.. huhuhu


ni si khaty ngan ecak sedang memandikan caret dya.. smngat si khaty siap berebut sabun ag.. huhuu.. comel cangat depa.. hahaha


ni la haku.. smngat gila haku.. janji haku nye buah hati comey.. ni la rutin harian haku waktu ptang.. planning nak men badminton ngok chantek comot aku tak jd main la.. mandikan chantek dulu.. huhuhu...

Routine Harian Haku

Wednesday, January 27, 2010

Happy Birthday To Somebody..



Happy Birthday To Somebody....
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To d@ @r+...
Happy Birthday To You...

Selamat hari lahir ku ucapkan untukmu...

Semoga Allah meredhaimu...
Semoga Allah merahmatimu...
Semoga Allah menyayangimu...
Berbahagialah selalu...

Ku hadiahkan sekalung doa...
Buatmu insan yang ku cayunk...
Dipanjangkan umur,tetapkan iman...
Murah rezeki sejahtera hendaknya...

Amin... Yaa Rabbal alamin...

Kenangan yang sukar di lupakan






masa ni kita owang p nengok AQ.. huhu.. nila knangan sukar dilupakan ..knangan bersama kengkawan... i miss u all... very much...

Tuesday, January 26, 2010

Kureng cehat

ari ni nape tah..
aku rase bdan da lemau cangat..
rase cam nak domam pun ade..
cam kekurangan tenaga je..
tp ku gagahi jua..
jap ag ok la kot..

sejak 2 menjak ni kesihatan aku
rase kureng mengizinkan..
maybe cbab aku terlalu cibuk..
manyak pk..
makan pun ntah apa2 je aku mkn
bila mkn je sakit prut..
cam rgi lak aku mkn.. huhu

Monday, January 25, 2010

aLL aBoUt Me

Kerjaya berdasarkan Zodiak Anda!

Bintang kelahiran Hisarniza Harun adalah Virgo :


Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna, kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan. Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian. Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun, cekap dan sentiasa produktif, sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu, anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya, suka menyimpan. Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun, anda sentiasa berhati-hati supaya risikonya tidak tinggi.


Hisarniza Harun lahir pada 29 August, zodiak anda adalah Virgo dan dikawal oleh planet UTARID

Virgo dikawal oleh planet UTARID. Virgos cenderung melihat perincian dengan lebih kecil dam mendalam, dan yang dapat memberi manfaat. Mereka memiliki sifat dermawan dan tenang dan berketrampilan ketika bersosial. Mereka memiliki otak yang tajam, cerdas, mendengar arahan, percaya hal-hal yang ada dalam rangka hidup dan sangat idealistik. Seorang yang kuat bekerja, Virgo sentiasa berjaya dalam karier yang mereka miliki dan dalam kehidupan seharian. Virgo mudah menguasai lingkungan sekeliling mereka serta optimis terhadap kekuatan yang dimiliki.

Hisarniza Harun, haiwan kelahiran anda adalah Kura-kura :

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.

Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Futnote: to somebody.. all about me.. its true.. huhu... ni kbaikan saja.. kburukan takde plak.. mm konpius ni.. hahaha.. hanya dya dapat mnilai haku ni cam ner... so tu da @r+... its me....

Schedule ...


Jadual Harian..huhuhu.. cam ni ke haku.. entah.. huhu tepuk dada tanya hati.. kuikui

Saturday, January 23, 2010

aDa oRaNg SaYaNg aWaK

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..

Thursday, January 21, 2010

x t v t haku ...

smlam haku khaty, kyana g pasar mlam..
tetibe membe(ayin )join... on jer..
kesian ayin layankan ajer karenah we all
kat pasaq malam.. huhu
tabah n sabar mnant jer dia..
huhu we all go to night market..
apa hagi bl mknan tuk mlantak r..
huhuhu.. pastu si cat angkot cd

balik humah layan cd siot
entah brapa cd kita owang layan..
aku layan kan internet haku ajer..
nak msj ngan somebody dya tdoq..
kesian dya pnat...
wisow pun ade haku kat dya..
kak yana cam besa dia..
gheja dia kopek ikan bilis.. huhuhu
si as entah mana2 pegi nye...
kuar ngan cinta terlarang nye la..

pastu time haku la....
yuhu.. suke nya haku.. smlam gayut.. huhuhu
tak hengt donia haku gayut...
toing toing toing..
lpas la rindu haku..
(kaedahnye windu la sangat)
mmm dya rindu entah kat haku..
uik tak bley2 bocor rahsia..
ksian dya..
dya kan pmalu....

semakin hari semakin cayunk ma cama dya..
huhu diriku da angau nampak gayanye
mm tolong menolong.. hahaha
entah ape2 la haku ni...
tak tahu nak coret ape...

yang bestnye.. ska dngar dya nyanyi..
nant nak dngar ag... tak kira..

pas gayut.. apa ag borak2 ngan khaty..
last aku tertdor..
sodau2 pagi...
si khaty tak jugak tdo2
besala body guard..

eeee yerkkkk (ayat khaty)
ok la nant cambong ag celoteh haku..
da tak tahu nak cite hape.. huhu

Wednesday, January 20, 2010

BeNgaNg TeRaMaT CaNgaT..

waaa jiwa kacau..
haku bengang sangat pada insan tak berhati perut..
eeeee sanggup tipu haku

waaaa tolong mnolong...
nila haku...
terlampau baik n mudah kasihan kan owang
last2 skali kn pijak kpala...

ee bangangnya..
haku menchi kat dya...
pas ni haku taknak jumpa dya lagi

ya allah tabahkanla hatiku..
jauhkanla haku darinye....
kuatkanlah imanku....

buat insan yang dirindui...
tolong menolong...
hanya dirimu tempat aku meluahkan isi hati
waaaa.....

Tabah KanLah Hatiku...

“Sesungguhnya besarnya pahala setimpal dengan besarnya cobaan. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai kaum, Allah uji dengan cobaan. Barang siapa ridha, maka baginya keridhaan Allah. Barang siapa yang marah, maka baginya kemarahan Allah.” (Riwayat Ibnu Majah)

"Ya allah tabahkan lah hatiku.. kuatkanlah iman ku...dalam menempuh dugaanmu ya allah...amin ya rabbal alamin..."

Aku SuKa BaNgaT iNi LaGu...



Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud


haku suka bangat ini lagu siot...
mcm sumber inspirasi dalam idup ku plak
kisah seorang wanita yang kental
dan tabah menghadapi pelbagai mehnah
dan tribulasi di alam perkahwinan...
akhirnya pengorbanannye...
membawa ke bahagiaan...

fotnote:Yuk nyanyi lagi…hehehhe :)