Friday, December 4, 2009

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang ummat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di Taman Syurga

Ya Rasul
Ya Rasul
Ku rindu padamu
Syafaatkan daku
Ya Rasul
Ya Rasul
Syafaatkan daku
Ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambarkan
Adalah cinta Allah yang esa
Kerana cinta kepada Rasullah
Beerti cinta kepada Allah

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amlkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di Taman Syurga

No comments:

Post a Comment