Tak mampu saya nak tahan air mata ketika
mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah
masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang
histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang
ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan
satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal
dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan
berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki
itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia
tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus
memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk
ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada
ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu
tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz
menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz
kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda
itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu
diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu
hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong
untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau
ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan
sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu
memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan
meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan
bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan
Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa
dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika
itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan
dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah
malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang
sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu
dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas
mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua
orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi
sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka
sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah
dan dijadikan pengajaran.