Thursday, August 27, 2009

BuaH HaTiKu...




Ini la buah hatiku... huhu... sayang bngat ma... hoho

BeRBuKa MeNGiKuT SuNNaH

Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w. Ibn ‘Umar r.a berkata:

“Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743. Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa. Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa.

Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957. Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman: “Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air. Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis.

Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

MeNCiNtaiNya TaK BeRTi KiTa MeMiLiKiNya..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

lalala aku kembali

huhu sejak 2 menjak ni aku btoi2 bz bangat.. maklumlah nak mula kan hdup baru ma.. hehehe.. aku pun rase hapy n tnang skit skunk ni.. alhamdulillah bersyukur ku ke hadrat ilahi..

Tuesday, August 18, 2009

ku pasrah

walau apa pun terjadi aku kn wat kptusan so aku wat kptsan tuk lupakan mr s.. kerna aku tidak mahu ade lagi memori aku antra dia wujud di antara aku.. aku kcewa bangat dengan dia.. aku still love him.. but aku mesti.. kuatkan imanku agar.. lupakan dia buat selama2nya..

ya allah tabbah kanlah hati ku.. mmg aku akui aku still love n cinta dia klu blh aku taknak pisah ngn dia.. tapi aku taknak pisang berbuah dua kali.. cukup la hati aku terlalu sakit sesangat.. jiwa aku hancur kerna pnangan nya.. aku mnysal slama ni aku terlalu percaya n mengharapkannya..

ya allah aku akur ngan dugaan yang telah kau berikan kpadaku.. sesungguhnya kau kuatkanlah imanku ya allah... aku berserah padamu ya allah...

Sunday, August 16, 2009

huhu.. konpius

smlam aku jumpa mr s.. entahla aku pun konpius kliru n bermacam2 lagi la.. dia mnyatakan yang dia masih sayang kan aku.. bgitu jugak aku.. akan tetap n trus mnyayanginya.. tetapi aku masih kliru..

aku nangis sepuas hati adakah itu kbnarannya.. ya allah bnarkah itu smua.. aku berserah kpada mu ya allah.. dengan kehadirannya kmbali ke sisiku.. hdupku rase ceria secerianya.. sperti sang mentari dwaktu pagi..


agak kpningan aku dibuatnya..rase mcam tak percaya yang mr s still love n miss me... hampir 4bln aku tdak pernah berhubung n berjumpa ngan nya... adakah ini anugerah drmu ya allah adakah kau tlah makbulkan doa ku ya allah... seandainya dia milikku n jodohku.. ku bersyukur ke hadrat mu ya allah..seandainya dia bukan jodohku.. kau jauhkanlah aku darinya dan buangkanlah perasaan ku ini terhadapnye........amin ya rabbal alamin