Wednesday, December 14, 2011

Details of Product

This blog i'm wanna to share some info about our company....

"ErgoWorks Sdn Bhd (EWSB) has foreseen the future needs of Ergonomics for the industry and to fulfill that needs we are offering our professional services in the field of Ergonomics / Human Factors such as training, advisory, consultancy, human factors engineering, assessment, product evaluation, task design and simulation ,and ergo products".

Details of Product we produce at our Company.... and also who want to know details about product or details info about EWSB can contact us:

Address: Ergoworks Sdn bhd
113-2,2nd Floor, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor.
Tel :03-87349141
Fax :03-87346141

Email :ewsb@my-ergoworks.com
Website : http://www.my-ergoworks.com
Blog : http://my-ergoworks.blogspot.com








Meng up date kembali....

Lama bebenor rasenye diriku tidak mengupdate this blog...bkn apa bz bebenor... kini diriku kembali.... disini wanna share something about my workplace...

To all my freinz or Blogger2...or sesapa sahaja yang mementingkan pasal keselesaan di tempat kerja,di rumah or untuk anak2 or student2 yang nak study... boleh la melawat our company website or company blog untuk maklumat lebih lanjut n details lagi... sudi2 la kiranya korang melawat...

Antara product yang di sedia kan seperti
1.Nobeleese Desk
2.Germany Desk
3.Teddy Desk
4.Tokyo Desk
5.Conan Kinder Chair
6.Newton Chair
7.Chair (Smaller than Newton)
8.P7-S
9.Reading Holder
10.Bookshelf
11.CPU Holder
12.Bookshelf-D-7B
13.Satchel-Rack
14.PD-01

dan banyak lagi... saya akan upload pica at da next post...

Tuesday, August 2, 2011

Rahsia Cara Wanita Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Thursday, July 21, 2011

Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain/ Hazama

Best jugak lagu ni....

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

[*]
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

[**]
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang [*]

Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…

Kau masih ada ulang 2x
Kau masih adaaa… ooooooooo!

Ulang [**]

Tanya sama pokok…

Friday, June 10, 2011

KiSaH seDih:KisAh SeoRanG aNaK

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?

Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.

Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.

Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.

Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.

Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.

Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, "Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.

Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.

Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya "maafkan saya ayah"

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.

Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.

Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.

Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, "Maafkan saya ayah".

Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show' dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.

Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.

Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, "maafkan saya ayah" dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, "surat-surat itu khas untuk mama", dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.

Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, "tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?"

Kemudian anakku menjawab, "Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus"

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, "nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi".

Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.

"Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show', dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.

Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.

Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.

Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?

Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?"
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Jika Isteri Menangis...

Jika isteri menangis dihadapanmu....

"hargai lah ia sblm terlewat..."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan

menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...


Wahai suami2,

jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.


Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? "

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

3 burung kakak tua

Di sebuah kedai haiwan peliharaan, ada tiga ekor burung kakak tua yang menjadi perhatian.
Anehnya harga yang diletakkan oleh Tauke itu menjadi tanda tanya bagi pelanggan serta pengunjung yang datang ke kedainya...

Pelanggan: Kenapa harga yang di berikan tak sama bagi tiga burung nie..???

Tauke: Ohh..Burung kakaktua yang warna biru ni pandai bercakap...
jadi saya letakkan harga RM 150..

Pelanggan: Ohh..

Tauke: Yang warna kuning ni pula pandai bercakap, menyanyi dan menari...
jadi saya letakkan harganya RM 1000..

Pelanggan: Wahh..Mahalnye...Tapi kenapa yang putih nie mahal sangat...
dah lah hodoh, bulu pon tak menarik..kusut je..
tapi awak letak sampai RM 10'000..???

Tauke: Hrmm...Sebenarnya saya pon tak tahu apa bakat atau kebolehan
burung kakaktua yang putih nie..
Tapi yang saya tahu kedua-dua burung yang warna biru dan kuning
akan memandang yang putih nie dan akan menyapa.."BOSS.."
Jadi mestilah dia yang hebat dan harganya mestilah mahal..!!!

Friday, May 27, 2011

Muhasabah Diri Sejenak

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum - jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Friday, April 29, 2011

Kenangan Yang mungkin xdapat ku lupakan...

knp tah aku sejak 2 menjak ni.. asyik x shat ja..pastu asyik mimpi kan tok ja... aku call tok.. mak bgtau tok xshat.. asyik penat ja... so aku inform insyaallah bulan 5 nak balik kedah...pastu bgtau mak nak ckp ngan tok...

aku:assalamualikum.. tok sihatka?
tok:waalaikum salam tok penat ni.. asyik xlarat ja..
aku:tok makan ubat tak...
tok:makan.... br ni dah masuk hosptal doc kate paru2 berair... nant tok kn p lagi...
aku:lorr pasai pa jd cam tu... tok mandi tengah malam pa?
tok:takla... bila nak balik...
aku:insyaallah planning ngan abng bln 5...
tok:nant tok nak ikot la p sana...nak p umah cucu tok... (sedey aku dengar)
aku:boley saje...nant cek balik tok ikot skali...

stop kat situ.... keesokkan nya..aku call mak.. mak kate tok nak ckp... ok..

tok:assalamualikum...
aku:waalaikum salam...
tok:tok ni.. tok rase tok dah nak p dah la... tok rasa macam xsempat ja nak tengaok cicit tok ni.....
aku:ish tok ni apa la ckp pelik2... sabar2....
tok:btoi.. klu tuhan nak amik nyawa tok... nak wat cam na.. smua kerja tuhan..
aku:aku dah mula xsedap hati.. dah..dah.. banyak ingat tuhan k.. sabar2.. tok jgn ckp pelik2...

stop kat situ...aku ade ckp kat suami aku..

aku:abng rase kn balik kdah la tgk tok... dah xsedap hati ni.. tok dah ckp pelik2 ni...
suami:xpe nant kita balik k.. sabar2...

keesokkan nya aku ngan suami sperti biasa ke opis... around 10o'clock... nilly call.. kaklong jom la balik tok dah tenat... dkat hospital... apa ag xkeruan aku.. trus inform kat bos n hubby.. trus balik..

we all ber 6 (aku,hubby,izat,nilly,nadia n si comel.. siti khadijah) bergegas balik.. tetiba maksu ckp tok teringin nak mkn jeli klapa..dorang dah cari area sik n pendang xde... we all ber 6 setiap hentian berenti cari jeli klpa.. pakcik, makngah, amir, pakngah n makcik pun singgah cari... x keruan we all di buatnya mencari jeli kelapa...setiap kali singgah.. kedai tutup dah abih.. lastly we all singgah di gurun.. akhirnya jumpa jugak...jeli kelapa.. alhamdulillah.. aku rase ari tu adelah hari paling lama aku balik kedah... bila dah sampai terus kami ke hospital... mmg sedih gila tgok keadaan tok...

aku:tok.....
tok:tok xlarat.....
aku:banyak mengucap tok....
tok:lailahaillallah Muhammadurrasulullah...abg mana?
aku:riadz solat jap g dia masuk...
tok:p la blik lu nant mai... bw bantai ngan baju tok...
aku berat hati nak tinggai... tp tok da surh aku balik...

around 8.30pm aku ke hospital....

blagak gila ahhhhh nurse Hospital Sik xbg aku masuk.. ade aku kisah.. aku masuk ja...
Tok:liza... baca yasin kat tok...
aku:ok... Bismillahirrahmanirrahim... Yassin....ila akhir... Sodakollahulazim...

time tu Doc tgh periksa tok... tetibe doc kate panggil waris.. ok aku panggilla pakcik n makngah.. doc inform tok ade 2 cara je.. nak lpas dia pergi ngan senang or nak tebuk n buang air.. kalu tebuk kn bawa ke ALOR SETAR.. ok... smua stuju.. malam tu tok dah tenat sangat dia nak jumpa semua ank cucu dia... dia nak orng mngaji kat dia... sekali lagi tok minta aku bacakan yassin untuk dia.. ku tunaikan... n dia minta mkn jeli klpa.. alhamdulillah kami berjaya jga cari apa yang di hajatinya..



aku sedey sangat tgk keadaan tok yang tenat.. rase seolah2 aku nak ganti tempat dia.. knp tok yang sakit bkan aku... aku rase dunia ni.. gelap tanpa dia... hny dia yang slalu hiburkan aku kalau aku sedey mesti aku cari dia...tok suka usik cucunya... suka melawak... klu aku balik kg selalu tok la kejutkan aku bangun... aku suka sambal ikan bilis tok,masak lemak.. tok masak sedap.. tapi...skarang..... Tok baru kini ku sedari..yang aku teramat menyayangimu.. lebih dari segala2nya... cuma 1 yang cek terkilan.. xdapat bw tok datang umah cek... xsempat belikan jubah yang tok nak... tapi cek berjanji akan ku carikan jubah yang tok nak tu....

TUHAN lebih menyayanginya.. tepat Jam 6.40pg 19 APRIL 2011 tok pergi meninggalkan kami...... segala urusan pengkebumian tok berjalan ngan lancar.. apa yang mampu ku lakukan Redha n Pasrah ngan Ketentuan Ilahi... untukmu tok ku hadiakan Sekalung doa dan AL-Fathihah... ku pohon ampun di atas segala2nya..seoga rohmu ditempatkan ditempat orang2 yang beriman... INSYAALLAH.. amin.....

Kenangan ku Bersama mu sukar untukku lupakannya...

Luahan hati Cucu Mu
Hisarniza Harun

MengUPDATE Blog

lama bebenor rasenya aku x mengupdate blog.. bkan apa bz sesangat sejak akhir2 ni... btoi kate owang bila dah khawin ni bz je... macam2 menda n macam hal yang kena settlekan...

First... kena settlekan keje yang manyak.. maklumla lama bebenor cuti wedding... huh... tak cukop kaki tangan aku di buatnya... supplier asyik calling2 ja... tny payment.. huh... bz aku ni mengalahkan PM....

Second... bz mengaccess lam mudah.com.. duk cari rumah tuk disewakan.. sian husband aku.. dah kawin tapi dok asing.. dah macm x khawin ag ja rasa nya.. dengan penuh rase bertanggungjawab..(eleh perasan plak.. huhu)..dengan penuh kegigihan aku mengacces..bukan senang syarat my husband..."yang... cari rumah area bandar seri putra sahaja k.. area lain xnak...."uik... agak memeningkan kepala aku... akhirnya.. alhamdulillah dapat gak umah... huhuhu berkat kesabaran...

Third.... Bila dah dapat umah.. apa ag.. packing barang plak.. adoyai.. manyak gila barang... huish.... poe settle kan rumah uruskan sticker la apala... pastu akak tu ketawakan aku..

akak management:Dik, bkn ritu ko dah duk sini ker?
aku:tersipu2 kemalu...an... ye akak...
akak management:pastu cam mana cr umah lak ni...
aku:dulu dok sini pastu pindah dok dahlia..pastu p kajang.. pastu mai sini balik...
akak management:gelakkan aku.. skrang ni p mai p mai kot tu la.. hehehe...

dah settle urus sticker n pas masuk... pindah barang... masuk hr ke 2.. rmah plak lektrik xde.. kene potong.. adoyai.. hangin aku.. tp xpe suami aku urus....

to be continuedddd

Thursday, March 3, 2011

ke BZ an

aku bnar2 bz.. huhu nak cuti kan...
next week da start cuti.. pastu skang..
dah macam x ckup kaki tangan
dah ni ha.. hadoiiiii

homaigoooddd
kepada sesapa yang berjiwa murni n suci...
yang sudi menghulurkan bantuan
d persilakan.. mmmmm
untuk membantu aku yang x brapa nak ckop kaki tangan ini...

adoyai... sabor je la cik nieza....

k lah aku mlas da nak naip...

~~Aku sedang menanti dia ~~

Seorang lelaki yang akan bergelar suami, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH, Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani, Dia tidak pernah takut untuk berkata benar, Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri, Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dengan zikir-zikir munajat dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi Dia menasihati ku supaya mengingati mati Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat, Matanya penat kerana membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati, Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata, Kita hambaNYA adalah pelakon, Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat, Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam, Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa, Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan, Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula, Sejadah imannya yang terkoyak, Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya, Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga, Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta, Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia, Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA, Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku, Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, Doaku, semoga dia tercipta untuk ku, Semoga aku bertemu jodoh dengan diaKerana..Dia pilihan ku..





~sabar menanti pelengkap diri yang hanya diketahui oleh Allah SWT~

Friday, February 25, 2011

Mengupdatekan blog....

aku btoi2 ke bz an... sjak2 akhir2 ni.. kshatan pun kurang mngizinkan...btoi kata orang setiap kjadian yang berlaku pasti ade hikmahnya.. alhamdulillah ku bersyukur ke hadrat ilahi ya ALLAH walau pun terpaksa sukar untuk aku hadapi dan tempuhi sgala dgaan yang datang... nescaya berkat dorongan family n kengkawan.. akhirnya... ku berjaya jua tempuhinya.. walau pun luka lama blum sembuh lg....aku harus tabah, pasrah n redho.. di atas segalanya...

btoi kata orang jdoh dpan mata tak nampak... tapi smua angrah yang maha esa kan.. kita sebagai umat hanya mampu... berusaha,tawakal dan doa... ku berharap.. segala2nye akan berjalan dengan lancar seperti apa yang di rancang kan.. INSYAALLAH...

dalam kesibukan aku... alhamdulillah apa yang ku impikan selama ni untukback to futher study in MBA.. akhirnya mnjadi knyataan.. alhamdulillah.. bersyukur kpadanya.... mdah2an impian ku akan mnjadi knyataan.. insyaallah.. amin....

Friday, February 11, 2011

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah.... "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah ( mencuri dan tak siapkan kerja ),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan .. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

alkisah...

cite ni aku dapat dr sorang membe dia sent kat email aku.. aku trus copy paste.. tak kat sini.. aku xtahu la cite ni btoi ka tak....


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.


Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek
xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde
sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk.

Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310

AlhamdulillaH

Syukur padamu Ya ALLAH... akhirnya impianku ingin menjadi student kembali tercapai.. aku nye class start on 5& 6 March 2011.. tp aku terpaksa postpone.. maybe will be start on June.. sbb ade masalah yang xdpt di elakkan..

ku sujud syukur padamu ya ALLAH.. setelah apa yang ku lalui.. akhirnya impian ku mnjadi knyataan.. ku berharap sangat.. ya ALLAH kuatkan imanku n tabahkan hatiku ya ALLAH.. thanks to somebody else.. alwyaz support me... also thanks.. to my family.. n my frenz... huhu... sukenyeeee.... wink..wink...

Friday, January 28, 2011

Kisah dan Tauladan

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana tertusuk duri." (H.R Muslim)


Jika pondokmu terbakar

Seseorang yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat berlindung dari panas dan hujan.
Setiap hari dia mendongak ke langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.

Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.
Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya.
Apabila ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap daripada kebakaran pondok tadi.
Moral:
Kita seringkali merasa mudah sekali untuk menyerah dan menyalahkan takdir ketika keadaan yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.
Ingatlah, ketika “pondok” kita terbakar, mungkin itu ‘tanda asap’ bagi kuasa Tuhan. Ketika ada kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk kejadian tersebut.